Najib Kekal Memerintah Sehingga 2018, Harap Faham Jilake!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan salah lapor sebuah agensi berita mengenai komennya berhubung mengadakan pilihan raya.
"Saya tidak mengatakan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 2018. Apa yang saya katakan adalah bahawa pilihan raya tidak dijadual sehingga 2018 tetapi tarikh pilihan raya tidak bergantung kepada faktor tunggal. Ia bergantung kepada beberapa faktor.
"Saya tidak menyatakan dengan pasti untuk pilihan raya pada 2018 atau saya tidak menyatakan kesanggupan untuk pilihan raya awal," katanya kepada media Malaysia di Wismar pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jerman semalam.
Agensi berita itu telah memetik Najib, yang juga menteri kewangan, sebagai berkata bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 2018.

- Bernama

Post a Comment

0 Comments