• Politik Terkini

    Thursday, September 8, 2016

    Parti Bersatu Diluluskan Tanpa Guna Nama "BERSATU"


    Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan syarat mereka akan dikenali PPBM dan bukannya Bersatu.

    Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menjelaskan PPBM pada mulanya memohon dinamakan sebagai “Bersatu” sebagai singkatan parti, tetapi bersetuju untuk mengubahnya selepas sesi rundingan bersama agensi itu.
    “Kita sudah kaji permohonan mereka. Pihak kami mendapati bahawa ada pihak lain yang sudah gunakan nama itu, jadi kami tidak benarkan,” katanya.
    Pada 9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran parti berkenaan di pejabat RoS di Putrajaya bersama 4 ahli jawatankuasa penaja parti baru tersebut.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditemui di sidang media di Kementerian Dalam Negeri, hari ini berkata parti berkenaan tidak boleh meggunakan nama lain dan akan dikenali sebagai PPBM bukannya Bersatu.
    “Ia adalah permintaan parti itu sendiri,” kata beliau.
    Beliau juga menyatakan PPBM telah dapat kelulusan prinsip namun mereka perlu menjelaskan peranan pengerusi dan presiden untuk kelulusan rasmi.
    Dalam masa sama Zahid memberitahu ada enam organisasi dengan nama Bersatu sudah digunakan setakat ini.

    FMT

    No comments:

    Post a Comment