Biodata Mursyidul Am PAS TGH Hashim Jasin


Tuan Guru Haji Hashim Bin Jasin adalah Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS . Beliau juga merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.

Pendidikan
Ustaz Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.

Pilihanraya
Dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Arau 1998, Hashim Jasin telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004, Hashim Jasin telah memenangi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, Hashim Jasin sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan.

Wikipedia

Post a Comment

0 Comments