Giliran Najib Razak Herdik Tun Mahathir


Pengeluar kereta tempatan, Proton Holdings Bhd. sering tersepit di tengah-tengah pertembungan yang berlaku antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam ucapannya sebentar tadi Najib sekali lagi membangkitkan isu tersebut apabila menuduh pemimpin terdahulu yang tidak dinamakan telah mengabaikan pengangkutan awam hanya kerana mahu melambakkan kereta Proton di jalan raya.

"Tanpa mengatakan yang tidak baik ke atas pemimpin terdahulu yang mengetuai kerajaan selama 22 tahun, tidak ada tumpuan yang mencukupi pada pengangkutan awam. Tumpuan adalah kepada lebih banyak kereta, lebih banyak kereta penumpang, lebih banyak kereta Proton di jalan raya. Sudah tentu, ada had.
"Tak salah menjual lebih banyak kereta penumpang tetapi perlu mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap, boleh dipercayai dan berpatutan mana-mana sahaja di dunia," ujar beliau ketika melancarkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 di Kuala Lumpur.

MK

Post a Comment

0 Comments