Ibrahim Ali Rela Mati Seorang Diri? Ko Dah Kenapa?


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau lebih rela mati seorang diri daripada menggadaikan prinsip perjuangannya yang mahu membela Melayu Islam bumiputera.

Katanya, beliau kini sudah tidak kisah dengan mana-mana parti di negara ini yang sanggup mengetepikan dirinya demi mendapatkan undi bangsa lain.
“Biar saya mati terbujur seorang diri, biar saya mati tak ada orang kebumi bila meninggal, saya tak kisah, jenazah reput orang tak nak usung kerana takut nak usung jenazah Ibrahim Ali kerana orang lain takut tidak dapat undi. Saya tak kisah, saya tak kesal sedikit pun, malah saya bangga kerana sehingga kini tiada parti yang serasi dengan saya. Saya tidak sanggup gadai prinsip (bela Melayu Islam Bumiputera) saya yang saya pegang selama ini. Saya tetap dengan prinsip ini, tiada dayung, dengan lidi saya kayuh kerana saya tidak akan berkompromi dengan matlamat menghalalkan cara,” 
Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini bahawa beliau akan kembali aktif berpolitik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, sesetengah pihak menganggapnya tidak memberikan keuntungan kepada sesebuah parti dan hanya akan menghilangkan undi Cina sekiranya beliau menyertai parti itu.

Beliau turut berkata, seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sendiri kini telah menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP yang dipelopori oleh pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung DAP Lim Guang Eng dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Katanya, sejujurnya beliau sendiri tidak menggemari sosok seperti Anwar, Guang Eng dan Kit Siang menyebabkan beliau tidak memilih untuk bersama BERSATU.
“Bagi orang lain saya tak menguntungkan. Ambil Ibrahim Ali hilang undi Cina, bila ambil Ibrahim Ali ada parti yang tidak suka. Seperti PKR, de factor parti itu adalah Anwar, mungkin Anwar tak suka saya tapi saya jelas tidak menyukai Anwar (ia) sama juga seperti saya tidak suka DAP dan PKR kerjasama dengan BERSATU,” 
Bagaimanapun bekas anggota parlimen Pasir Mas itu tidak berkecil hati dengan rakan-rakan politiknya termasuk pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau hanya takut sekiranya Allah berkecil hati dengannya.
“Bila BERSATU ambil saya hanya akan menyusahkan BERSATU sebab ambil hati Kit Siang, Guang Eng lebih penting dari ambil hati Ibrahim Ali, sebab Ibrahim Ali Melayu, sebab Ibrahim Ali tak boleh bagi undi. (Tapi) saya tak kecil hati dengan kawan-kawan yang tinggal saya, sokong saya, mengata belakang saya, yang saya takut Allah yang kecil hati dengan saya," 
Dalam pada itu Ibrahim berkata beliau kini mengintai mana-mana parti politik yang sesuai dengan perjuangannya.

Sekiranya sudah bertemu wadah tersebut beliau akan melepaskan jawatannya dalam PERKASA dan memberi fokus kepada politik.

“Saya kata kalau saya sertai mana-mana parti politik dan pegang jawatan dalam parti politik, saya akan melepas jawatan presiden PERKASA. Oleh kerana BERSATU parti baru, jadi saya nak tengok dulu apakah parti ini sesuai dengan jiwa perjuangan saya yang berteraskan Islam dan Melayu. Saya juga nak lihat langkah politik mereka walaupun saya menghormati Tun Mahathir dan anggap beliau negarawan terbilang tapi pada masa yang sama saya perlu melihat kemana fokus parti ini,” 
MK

Post a Comment

0 Comments