• Politik Terkini

    Monday, October 3, 2016

    Kalaulah Drone GoPro Karma Masuk Malaysia Sebelum #Bersih5


    Hari ini, GoPro Hero5 Black dan GoPro Hero5 Session telah dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan, dan bakal dijual bermula daripada minggu hadapan. Bersama-sama dengannya, wakil GoPro tempatan turut telah berkongsi akan mengenai dron mereka yang pertama, Karma.

    GoPro Karma hadir dengan rekaan boleh lipat, dan mudah dibawa bersama-sama pengguna. Ia hadir dengan sokongan untuk GoPro Hero5 dan juga Hero4. Ia turut menyertakan penstabilan bagi membolehkan rakaman dilakukan dengan baik menggunakannya.

    Dron ini boleh terbang pada kelajuan mencapai 56.3km/j, selain menawarkan masa penerbangan sekitar 20 minit dengan pengecasan bateri penuh. Seperti dron lain, ia turut hadir dengan sokongan alat-kawalan khusus untuknya.

    Untuk pasaran tempatan, drone GoPro Karma ini dijangka dipasarkan secara rasminya pada 2017 kelak. Seperti peranti lain, kini terdapat beberapa penjual yang telah mengambil pra-tempahan untuk drone ini, dimana ia mungkin adalah set bukan rasmi untuk pasaran Malaysia. - Amanz

    Kalau dilihat dalam web gopro sendiri, drone tersebut masih belum dijual dan boleh membuat tempahan kerana penjualan akan dibuat bermula 23OCT. Sempat lagi nak order thru ebay sebelum #BERSIH5 dijalankan. Tapi sebelum ni IGP ada keluarkan statement DRONE TAK DIBENARKAN DALAM PERHIMPUNAN BERSIH.  Kalau ko buat jugak then drone ko kena tembak jatuh. Tu ko sdiri tanggung.


    No comments:

    Post a Comment