• Politik Terkini

    Sunday, October 9, 2016

    Kenapa Polis Pekak Telinga Untuk Tangkap Jamal ?

    Melayu semakin bebal, semakin bodoh. Atas dasar apa sampai budak lelaki kena terajang, dia sentuh telur merah ko ke jilake. And then polis datang, sekadar penenang macam malu2 takut. Persoalan yang timbul, kenapa geng baju merah tidak ditangkap dan dimasukkan dalam trak biru macam mat rempit kena ambush. Alangkah ternampak kekecutan telur pilos kat situ.

    Jamal meninggalkan sejarah, melayu paling memalukan dan polis juga meninggalkan kesan hitam, tidak mampu menangkap jalam dengan segala ugutan yang dibuat. Kenapa dan sebab apa. Adakah rasuah birokrasi kuku besi telah menjahanamkan demokrasi israel aman yang di gembar gemburkan.

    Wake up call? Melayu tetap melayu, tetap akan bangang undi pemimpin bangang! Atas dasar kemelayuan yang lupus


    Ugutan Jamal
    Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan bertindakbalas secara lebih agresif terhadap konvoi BERSIH seterusnya.
    Ditanya mengenai sekatan yang beliau dirikan di laluan Teluk Intan-Bidor awal hari ini, Jamal berkata, ia secara kebetulan apabila berlaku perselisihan ketika kumpulan baju merah dan BERSIH melintasi laluan tersebut.
    "Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang," ujar beliau.
    Konvoi BERSIH dari Teluk Intan ke Sabak Bernam telah disekat oleh kumpulan baju merah awal hari ini.
    Bagaimanapun, keadaan itu telah dengan cepat dileraikan oleh pihak polis yang menghentikan semua kenderaan peserta baju merah bagi membolehkan BERSIH dan pengguna jalan raya lain bergerak.
    Ditanya apa yang beliau akan lakukan pada masa akan datang, Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata: "Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta saya ke atas kereta dia."
    MK


    Penyokong Bersih Ditendang!
    Dua lelaki yang memakai baju BERSIH telah dilempar telur oleh peserta baju merah di Sabak Bernam, hari ini.
    Kedua-duanya yang menunggang motosikal telah diserang apabila mereka melintasi jalan masuk ke dalam kawasan yang dipenuhi kumpulan baju merah.
    Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan menghampiri kumpulan baju merah selepas mereka melempar telur dari seberang jalan.
    Bagaimanapun, polis berkata, lelaki itu mahu pulang ke rumah dan memutuskan untuk menggunakan jalan yang dipenuhi oleh kumpulan baju merah.
    Selepas menghampiri kumpulan baju merah itu, seorang lelaki telah berundur tetapi seorang lagi yang mana motosikalnya ditolak, berdiri dan dilempar dengan telur.
    Seorang peserta baju merah kemudian menendang dari belakang sehingga menyebabkan beliau terbaring ke atas jalan raya.
    Seorang pegawai polis kemudian mecelah menerusi orang ramai bagi membantu peserta BERSIH tersebut.
    Lelaki itu kemudian ditendang buat kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis sedang meminta semua pihak agar bertenang.
    Kemudian lelaki itu diiringi untuk meninggalkan tempat kejadian selepas itu pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos muncul dan meminta pengikutnya untuk mengangkat motosikal mangsa.
    Jamal kemudiannya secara peribadi menyerahkan kembali motosikal itu kepada polis.
    Semalam, seorang pemimpin Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor.
    Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor.
    “Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.
    “Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.
    “Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV

    MK

    3 comments:

    1. polis ada teluq, tapi teloq kena pegang. Gerak skit kena gental. Senak woiii!!!

      ReplyDelete
    2. Alah kena terajang je. Bukan kena sembelih macam Isis..

      ReplyDelete
    3. Alah kena terajang je. Bukan kena sembelih macam Isis..

      ReplyDelete