Najib Tolak Cadangan DAP "Turunkan GST Kepada 3%"


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan untuk mengurangkan cukai barangan dan perkhidmatan daripada enam kepada tiga peratus.

Cadangan itu dikemukakan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang berhujah GST mengurangkan perbelanjaan domestik.

Najib dalam sidang parlimen hari ini bagaimanapun berkata ia cuma tafsiran negatif pembangkang.
“Ini tafsiran negatif yang dibuat oleh pembangkang, (tetapi) tanpa GST ekonomi Malaysia lumpuh,” 
Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Liew berkata beliau kecewa dengan jawapan ringkas kepada soalan tambahan dikemukakannya.

Beliau mengakui GST menyelamatkan kerajaan BN dan perbelanjaan negara susulan kejatuhan harga minyak melalui suntikan dana tetapi menegaskan ia bukan penyelamat bagi ekonomi negara.

Katanya, penyelamat sebenar ekonomi negara adalah permintaan dalam negara, yang menurutnya jatuh selepas GST diperkenal pada April 2014 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Najib sebelum itu berkata kerajaan berjaya mempertahankan momentum perkembangan ekonomi, yang didorong oleh permintaan dalam negeri serta kadar rendah inflasi dan penggangguan.

Katanya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara untuk 2016 dijangkakan antara 4 hingga 2.5 peratus.

MK

Post a Comment

0 Comments