Pembuli Sekolah, Gantung 1 Tahun Memberi Banyak Implikasi Buruk


Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan kaki buli digantung persekolahan sekitar 3 bulan berbanding setahun, kerana tempoh itu terlalu panjang dan boleh mendatangkan pelbagai implikasi.
“Dalam masa (penggantungan) setahun ini, apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka? Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain, termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa,” 
Beliau mengulas cadangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata, tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pembuli.

Mahdzir dilaporkan berkata, isu buli yang semakin serius perlu dibendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.

Lee berkata, isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantungan sekolah selama setahun yang dicadangkan kurang berkesan.

Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantungan sekolah bukan satu penyelesaian. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhkan tahap disiplin di sekolah pada setiap masa, Pelajar yang cenderung membuli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.

Pihak bertanggungjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah semakin meruncing itu.

Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit (buli), kita mesti tahu tanda-tanda (simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan.

FMT

Post a Comment

0 Comments