Pusat Judi Milik Raja Mesin Judi N9 Bersebelahan Pejabat Majlis Agama Islam N9


NGO Pemantau Jenayah, MyWatch mendedahkan secara terperinci lokasi sebuah premis judi yang didakwa terletak sebelah Pejabat milik Majlis Agama Islam Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

MyWatch mendakwa premis judi tersebut yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu di belakang Petronas Bahau, beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari.
"Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?"
Pengerusi MyWatch, Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam kenyataannya melalui laman facebook mendakwa, pusat judi tersebut dimiliki oleh individu bernama Sunny iaitu Raja Mesin Judi Negeri Sembilan.

Sanjeevan turut mempersoalkan adakah Sunny begitu berani membuka premis judi di lokasi terbabit kerana ada 'tangan ghaib' melindunginya daripada tindakan undang-undang.

Anda boleh baca kenyataan penuh Sanjeevan di laman facebook. — MyWatch


"Lu punya sembang, pokok pun boleh tumbang"-- MiloSuam


Post a Comment

0 Comments