TRW Berputeh Mata, Qu Puteh Tidak Lagi Menaja Musim Depan


Penaja utama bola sepak Kelantan Vida Beauty Sdn Bhd disahkan tidak lagi menaja skuad The Red Warriors (TRW) pada musim depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataan di Facebooknya, malam ini.

"Penaja utama Pamoga Qu Puteh telah memaklumkan hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan Musim depan (2017). Walaupun mengikut perjanjian tajaan mereka adalah sehingga 2017.
"Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa isu ini ke Majlis Kafa. Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dengan semua pihak," katanya.
Terdahulu, syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dilaporkan tidak mahu meneruskan tajaan kepada pasukan Kelantan selepas kecewa dengan prestasi hambar TRW.

Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Vida itu menyifatkan keputusan itu dibuat selepas pelaburannya tidak menampakkan hasil.

Sementara itu, prestasi pasukan Kelantan pada musim ini dilihat tidak terlalu teruk malah berjaya berada di kedudukan keempat dalam saingan Liga Super.

Annuar berkata, keengganan Hasmiza meneruskan tajaan Kelantan itu akan menambah kesulitan dan memberi ujian kepada pengurusan Kafa.
"Walaupun ini akan menambah kesulitan Kafa, namun seperti biasa setiap musim pengurusan Kafa sentiasa diuji pelbagai kepayahan yang biasanya tidak difahami pihak luar.
"Namun dengan izin Allah, kita sentiasa dapat atasi cabaran berkat keikhlasan dan kejujuran bekerja secara sukarela menjaga bola sepak Kelantan," ujarnya.

MK

Post a Comment

4 Comments

  1. Aku sokong..patutnya biar dato vida jd presiden kafa

    ReplyDelete
  2. ...meluat tengok perangai gedik si tua bangka tu! pi berambos!!

    ReplyDelete
  3. Mmg tepat sekali Dr Vida tarik diri. Mengarut ja dgn pengurusan KAFA yg diketuai Anuar Musa ni. Banyak songeh.

    ReplyDelete
  4. Alaa Dato, Janganlah Macam ni, Gaji saya sapa nak bayarrrr..17,000 ribu sebulan je. Dato!

    ReplyDelete