Video - AhLong Mengamuk Di The Carbenter Showroom Cafe, Bukit Serdang, Selangor


BEBERAPA lelaki yang mengenakan penutup mulut dipercayai Ah Long mengganas dengan menyerang dan memecahkan pintu kaca serta pelbagai barangan di The Carbenter Showroom Cafe yang terletak di Pusat Perniagaan Bukit Serdang Selangor.

Mereka turut melontarkan beberapa bekas cat merah di kawasan pintu masuk ke Kafe tersebut, sebelum menghilangkan diri. Video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh kumpulan Ah Long itu sendiri mula dikongsi di media sosial sejak petang tadi.

Salah seorang daripada lelaki Ah Long itu membawa sebuah tukul besi dirakam naik melalui tangga sebelum dia bertindak memecahkan pintu kaca Kafe tersebut menggunakan penukul yang dibawanya.

Mereka terus masuk ke dalam Kafe tanpa mempedulikan pelanggan yang sedang menjamu selera terus mengganas memecahkan cermin dan pelbagai pekakas di dalam premis.

Seorang lagi lelaki yang membawa sebilah parang turut melontarkan kata-kata yang dipercayai berbentuk amaran kepada penghuni Kafe lain sebelum turut melakukan aksi sama memecahkan barang-barang di dalam kafe tersebut. -- EdisiRakyat


Post a Comment

0 Comments