Warkah Terakhir Pembunuh Diri Kepada Pembangkang Terutama Presiden PAS



“Asalamualaikum, teman dan sahabt dan terutama buat isteri anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri, anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012. Baru sekarang naik mahkamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda pada hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena keas yang sama iaitu jual rokok murah yang nilainya RM200.

Aku hampir direman seminggu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pemimpin kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-Nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan aku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sanggup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya,” katanya.

Beliau turut menegaskan agar presiden PAS tidak terpedaya dengan pimpinan UMNO yang bakal membuatkan parti pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang usul yang nak dibawa itu,” katanya yang terakhir.

Hasanuza

Post a Comment

7 Comments

  1. Kesian blogger PAN Imayam ni....sampai terpaksa guna Nota ORANG.BUNUH DIRI untuk kutuk PAS!! Mungkin UlarMak PAN Imayam ada keluarkan fatwa bahawa NOTA ORANG BUNUH DIRI adalah HALAL untuk kutuk PARTI ISLAM PAS demi membahagiakan Kafir Harbi DAPig

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful terimalah kenyataan , walaupun kau setia pada pada parti pigs selama lamanya.kesetiaan ko pada Pigs bukanlah lesen utk memperlekehkan parti lain selain dari parti Pigs.

      Delete
  2. ...aku yakin kau bercakap pada diri sendiri!

    ReplyDelete
  3. oh no. You jUmp I Jump!

    ReplyDelete
  4. Masha Allah

    Hidup sekaramg memang susah , sangat susah.

    Tak perlu tipu diri sendiri.

    Moga2 ALLAH SWT beri hidayah pada Pemimpin agar taubat dari Menongkat Langit.

    ReplyDelete
  5. Hukum membunuh diri adalah berdosa besar sebab bila telah mati Allah akan pertanyakan nanti di akhirat. Di dalam alam barzakh pun Allah dah nampakkan samada hamba itu orang beruntung atau orang yang celaka.

    Janganlah mengambil jalan singkat untuk lepaskan dari kemelut masalah sebab ada orang yang lebih malang dari ini tidak mengambil jalan mudah untuk bunuh diri.Tak ada masalah yang tidak ada jalan keluar penyelesaiannya.

    Akhir sekali janganlah libatkan diri dalam kerja kerja yang salah dari segi undang undang dan menyalahkan orang lain. Semoga kita tidak jadi orang yang tertipu dengan bisikan Iblis Syaithan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Ingatlah bila akhir hidup kita tidak baik, maka buruklah nasib di hari akhirat. Walaupun hidup susah masa kini tapi ada insan lain yang lebih susah tapi masih mampu berdikari menyara keluarga. Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita....amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai pemimpin, perlu melihat dari semua aspek. Dan pemimpin akan bertanggungjawab untuk dipersoal dihadapan allah. Memang bunuh diri itu perkara dikeji allah. Selaku pemimpin pula, adakah tidak bersalah?

      Delete