Amran Fans - 5 Tuntutan #Bersih5 Rakyat Wajib Tahu


Ada yang kata perhimpunan BERSIH selama ni dah dibiayai oleh Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Islam dibawah pimpinan Khalifah agung kita iaitu Tuan Guru Orochimaru Dato Seri Najib Razak Bentara Sakti Naruto Shipuden.

Entah lah bhai. Apa yang Amran tau 95% yang turun perhimpunan BERSIH sebelum ni semuanya atas sebab dah serik diperbodohkan.

Kepada ahli ahli berbaiah diluar sana, janganlah engkau cepat sangat terperdaya dengan kata-kata ayahanda. Seruan jihad mereka tu semuanya dusta belaka. Ayahanda korang tu dah dapat duit ratus ribu dari orang atas, tu pasal sanggup gadaikan masa depan negara. Yang anak buah pun lurus je terperdaya.
Kalau kau rasa kau sayangkan negara, kau memihak lah pada kumpulan yang tuntutannya untuk negara.. Tapi kalau kau rasa 50 ringgit yang kau akan dapat nanti tu boleh buat masa depan kau terjamin, kau dengar dan patuh lah pada seruan ayahanda.
So kat sini Amran terangkan sikit apa dia tuntutan perhimpunan BERSIH 5. Supaya korang faham. So bila dah faham, tak ada lah korang diperbodohkan lagi.

1 - BERSIH 5 menuntut pilihanraya bersih dan adil. Maksudnya tidak kira yang bekerja dalam sektor kerajaan ataupun swasta, mereka berhak untuk memilih mana mana PARTI yang mereka yakini.

2 - BERSIH 5 juga menuntut kerajaan yang bersih dan telus berkhidmat untuk rakyat. So bila telus, kebocoran wang negara tidak akan berlaku lagi. Dah hutang negara juga tidak akan bertambah.

3 - Hak membantah. Ya. Skarang ni kalau tak sependapat semua akan ke lokap. So BERSIH 5 menuntut hak menyuarakan pendapat.

4 - Mempertahankan demokrasi berparlimen.

5 - Menuntut agar kerajaan memajukan pembangunan dan memperkukuhkan ekonomi Sabah dan Sarawak.

Okay cukup 5 tuntutan.

Ada ke dalam 5 tuntutan tu disebut berhimpun sebab nak menggulingkan kerajaan? Tak ada kan?

So jelaslah disini bahawa kumpulan baju merah hanyalah satu kumpulan yang diwujudkan untuk menyekat kemarahan rakyat. Mereka adalah kumpulan orang orang bodoh yang telah dibayar. Sekian

AmranFans

Post a Comment

0 Comments