• Politik Terkini

    Tuesday, November 15, 2016

    Belum Kawin Dah Pukul2, Elok Sangat Ko Masuk Penjara


    Seorang bekas jururawat lelaki yang dikaitkan dengan kejadian memukul tunangnya sehingga patah tulang pipi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu yang juga seorang jururawat, minggu lalu.

    Kejadian itu menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini, apabila wanita itu memuatnaik gambarnya dalam keadaan bengkak di muka. Tertuduh, Muhammad Zulkhairi Misman, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Natasha Shareena Hairil Anuar, 24, dengan menumbuk sehingga retak tulang di bawah mata sebelah kanan mangsa.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 9, Jalan SS 20/18, Damansara Kim, Damansara di sini, jam 12.25 tengah malam, 7 November. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

    Fadzlin Suraya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Disember depan.

    BH

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik