Himpunan Raksasa RUU355 PAS ? Hahaha


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan parti itu akan mengadakan perhimpunan besar-besaran berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Bagaimanapun Hadi tidak memperincikan butiran mengenai perkara itu namun katanya, ia akan diadakan antara sekarang sehingga parlimen bersidang pada Mac tahun depan.
“Insya-Allah, PAS akan anjurkan himpunan aman raksasa mewakili umat Islam pelbagai parti politik dan NGO termasuk di kalangan bukan Islam yang sokong (RUU355) untuk buktikan sokongan mereka pada RUU ini. Kita tunggu dan lihat,” 
Hadi sebentar tadi membentangkan usul pindaan RUU355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon supaya huraian mengenai usul itu dibahaskan pada sesi akan datang.

Hadi berkata dalam perhimpunan itu pihaknya mahu memberikan penerangan mengenai RUU355 kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

MK

Post a Comment

0 Comments