LHDN : " Nora Jangan Risau Nora, Potongan Cukai Penampilan Memang Sedia Ada "


Semalam kecoh apabila Nora Danish mengemukakan cadangan bagi selebriti mempunyai pelepasan cukai kerana kos penampilan tinggi yang harus ditanggung oleh mereka. Menurut Pegawai Perhubungan Awam (LHDN), Masrun Maslim, potongan cukai penampilan diri untuk penggiat seni sudah pun diberikan.

Jelasnya pihak kerajaan telah memberikan potongan bagi bayaran jurusolek, sewaan pakaian, pengurusan artis, kos perjalanan dan lain-lain.
“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.
“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun. 
“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,”
Mengulas lanjut kenyataan Nora mengenai permintaanya untuk mendapat sedikit pelepasan cukai semalam, Masrun berkata, terma yang sepatutnya digunakan untuk pelepasan cukai adalah perbelanjaan operasi sebagai artis.

Tambahnya lagi, kebanyakkan penggiat seni dikenakan cukai yang tinggi kerana mereka tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap engan dokumen sokongan.

Terdahulu, Nora menerusi Utusan Online meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memberikan sedikit pelepasan cukai kepada golongan artis yang terpaksa menanggung kos yang tinggu untuk kekal cantik. Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap kehidupan selebriti yang serba mewah tidak memerlukan perlepasan cukai lagi.

RTKY

Post a Comment

1 Comments

  1. Hahhaaha... Nora kata wartawan yang salah faham apa yang dia cakap lain yang ditulis. Retis macam-macam hal

    ReplyDelete