Mahathir - "PAS Makan Dedak"


Sebarang kemungkinan PAS bergabung untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang musnah hari ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh parti Islam itu makan “dedak”.

Bercakap di hadapan lebih 1,000 orang di konvensyen pertama Pakatan Harapan di sini hari ini, bekas perdana menteri itu berkata mana-mana parti yang menghalang matlamat pembangkang untuk menewaskan BN – realitinya ia adalah penyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak menamakan parti mana, namun PAS yang masih belum bersetuju untuk sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
“Mereka mendakwa berjuang untuk orang Melayu. Sebenarnya mereka sokong Najib. Mungkin mereka terima dedak.
“Anda tak boleh kata tak mahu sertai Pakatan kerana DAP salah satu parti komponennya. Itu bukan alasan sebenar,” katanya.
Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR terkubur tahun lau selepas pertelingkahan secara terbuka antara PAS dan DAP dengan pemimpin PAS berkata parti itu tidak akan lagi bekerjasama dengan DAP.

DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti yang ditubuhkan pada September, pernah cuba untuk bergabung dengan PAS, dan berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan mereka menentang Najib dan kerajaan BN.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkali-kali menyatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan DAP.

Ini susulan DAP menjadi penentang paling besar terhadap impian PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, hingga menyebabkan terkuburnya Pakatan Rakyat.

Dr Mahathir hari ini berkata beliau dulu musuh terbesar pemimpin DAP Lim Kit Siang, tetapi itu perkara kecil berbanding usaha untuk menggulingkan musuh utama negara, Najib.
“Lupakan semua perbezaan kerana kita berdepan ancaman terbesar negara. Hanya kita boleh halang Najib daripada menyebabkan hutang negara bertambah, yang menjadi alasan Greece bankrap,” katanya.
Beliau berkata satu-satunya sebab pembangkang tidak boleh mengambil alih Putrajaya pada masa lalu ialah kerana gagal bersatu.

FMT

Post a Comment

2 Comments

  1. Kesian Blogger DAPig & PAN Imayam! Sekarang dah makan DEDAK MahaKutty yang bertanggung-jawab diatas kerugian/kehilangan lebih 100 billion USD duit rakyat! Nak kata orang makan dedak pulak!

    ReplyDelete
  2. PAS pengkhianat undi rakyat. Tunggu pulak serawak report nak beritahu siapa pemakan dedak tu.Masa tu tahu la nyawa pas dalam persada politik Malaysia.

    ReplyDelete