• Politik Terkini

    Sunday, November 27, 2016

    Mesra - Neelofa Teman Fattah Main Futsal


    Melihatkan bagaimana rapatnya hubungan di antara pasangan ini, ramai peminat pastinya tertanya tanya status sebenar di antara Neelofa dan juga Fattah Amin. Tidak dinafikan memang ada yang sangat taksub dengan mereka, malah tindakan Neelofa menemani Fattah bermain futsal baru baru ini turut menyemarakkan lagi api fantasi peminat.

    Menurut portal Astro Gempak, rakaman Insat Stories daripada pereka fesyen Rosix Omar (kawan baik Neelofa), mereka dilihat bersama sama ketika berada di gelanggang futsal. Malah aksi Neelofa memberikan air kepada Fattah juga sempat dirakam. Penat ya Fattah?

    Ternyata kisah di antara pasangan di dalam drama ini akan terus hangat diperkatakan. Malah jika dilihat daripada komen di Instagram Neelofa dan juga Fattah, kebanyakan daripada mereka sangat mengharapkan pasangan ini akan ke jinjang pelamin.
    Namun hati manusia manalah kita tahu bukan. Jika benar terjalin perasaan sayang dan kasih di antara Neelofa dan Fattah, pastinya mereka akan menjelaskan perkara tersebut bila tiba masanya atau mungkin hubungan mereka hanya atas dasar pemasaran.

    RTKY

    No comments:

    Post a Comment