• Politik Terkini

    Tuesday, November 15, 2016

    MP Gesa IGP Ambil Tindakan Terhadap Jamal !


    Seorang ahli parlimen pembangkang memfailkan usul menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk bertindak ke atas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

    Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) dalam usulnya itu berkata, Jamal membuat pelbagai ancaman dan ugutan terhadap BERSIH, tetapi tiada tindakan diambil.
    "Disebabkan tiada tindakan dibuat menunjukkan bahawa Jamal Yunos (adalah) kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," kata Shamsul dalam usul itu.
    Oleh itu, beliau mahu Dewan membahaskan tindakan segera oleh pihak berkuasa terhadap kumpulan Baju Merah diketuai oleh Jamal, dan mahu ketua polis negara tampil di Parlimen memberi penjelasan.

    Usul itu diterima oleh pejabat Speaker hari ini.

    Jamal dan pengikut Baju Merah mendapat liputan meluas berikutan gangguan dan ugutan mereka terhadap BERSIH dan gabungan yang mendesak pilihan raya adil.

    Terbaru, Jamal dalam usaha untuk menyekat Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) daripada mempromosikan BERSIH di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur terbabit dalam pergelutan dengan polis sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

    Jamal ketika kejadian dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya".

    Walau bagaimanapun beliau kemudiannya menafikan berkata sedemikian, sebaliknya mendakwa beliau bertujuan untuk memberitahu polis bahawa dirinya telah dipukul.

    Jamal juga mendakwa bahawa dirinya dipukul oleh "budak Zuraida" yang memakai t-shirt BERSIH.

    Zuraida menafikan dakwaan itu dan berkata kumpulannya telah meninggalkan pusat membeli-belah Ampang Point pada masa kekecohan itu tercetus.

    Jamal sebelum ini pernah ditahan semalaman oleh polis berhubung posting di Facebook yang mengancam untuk bertindak ganas terhadap BERSIH.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik