Muhyiddin Tuntut Maria Chin Dibebaskan ? Hahaha


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyertai desakan supaya Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
"Jelasnya, Maria ditahan kerana penglibatannya dalam penganjuran BERSIH5 yang menuntut pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.
"Himpunan BERSIH adalah satu kegiatan politik dan bukannya kegiatan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.keselamatan negara," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berhujah bahawa gerakan reformasi pilihan raya BERSIH telah berusaha untuk mengukuhkan sistem demokrasi di Malaysia.

Beliau berkata penahanan Maria bercanggah dengan Seksyen 4 (3) SOSMA yang menetapkan bahawa seseorang individu tidak boleh ditahan di bawah Akta tersebut semata-mata kerana fahaman politik atau aktiviti politiknya.

Muhyiddin menambah bahawa Seksyen 4(12)(b) Akta tersebut seterusnya menjelaskan bahawa fahaman politik atau aktiviti politik bermakna penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang sah di sisi undang-undang menerusi penzahiran pandangan yang ditujukan kepada mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan.

Bekas TPM itu berkata penganjuran himpunan BERSIH5 jelasnya tergolong di dalam kategori aktiviti politik yang dilindungi oleh Seksyen 4(3) SOSMA dan oleh itu, penahanan Maria di bawah SOSMA adalah bercanggah dengan peruntukan akta tersebut dan adalah tidak sah.
"Atas prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang dan perikemanusiaan, Maria Chin hendaklah dibebaskan dengan kadar segera," kata Muhyiddin

MK

Post a Comment

0 Comments