• Politik Terkini

    Tuesday, November 8, 2016

    Nik Abduh Disaran Jumpa Doktor Psikiatri ?


    Datuk Teng Chang Khim menyarankan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjumpa psikiatri berhubung kenyataan terhadap partinya.

    Naib pengerusi DAP Selangor itu berkata, Nik Abduh memerlukan rawatan psikiatri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang “berpusing-pusing”.
    “Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.
    “Beliau cakap ‘pusing-pusing’ dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak,” katanya kepada FMT di Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor.
    Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Nik Abduh yang mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah.

    Sebelum ini Nik Abduh juga pernah menafikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuka pintu bekerjasama dengan parti pembangkang lain itu dan berkata ia diputar belit media.

    Bagaimanapun Hadi dilaporkan berkata, parti itu mahu menjadi pengemudi utama sekiranya parti lain hendak bekerjasama dengannya menjelang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata, DAP sukar bekerjasama dengan PAS berikutan kenyataan yang berbeza-beza daripada pemimpin parti Islam itu.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan PAS berpakat dengan Barisan Nasional (BN) untuk membincangkan satu lawan satu menentang pembangkang dengan sikap PAS yang sebegitu.
    “Sukar nak percaya beliau (pemimpin PAS) cakap. Beliau cakap hari ini lain, esok lain cerita. Jadi kita pun pening. Susah nak kerjasama.
    “Kemungkinan PAS akan bincang dengan BN lawan pembangkang, saya tidak tahu. Tetapi itu boleh berlaku sebab saya kata ada di kalangan mereka hari lain cakap lain,” katanya.

    FMT 

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik