Pemandu Teksi Merana Gara2 NGV


Seawal jam 8 pagi, stesen minyak Petronas di sini dipenuhi pemandu teksi dan kenderaan persendirian yang menunggu giliran mengisi tenaga gas asli (NGV) selepas sebahagian besar stesen minyak yang menyediakan kemudahan tersebut menutup operasi untuk penyelenggaraan.

Dianggarkan hampir 100 meter deretan teksi kelihatan dari jalan utama yang turut menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain dari susur Batu Caves menuju ke Gombak.

Dipercayai, pengguna NGV menghadapi masalah mendapatkan bekalan sejak tiga hari lalu disebabkan penutupan operasi itu.

Seorang pemandu teksi, Abu Bakar Salleh, 63, berkata, dia menunggu hampir dua jam untuk mengisi NGV di stesen minyak itu.
“Saya dapati hanya empat stesen minyak NGV iaitu Damansara, Petaling Jaya, Cheras Baru dan Batu Caves yang beroperasi menyebabkan tumpuan pengguna NGV tertumpu di kawasan tersebut.
“Di Gombak ada tujuh stesen NGV tapi yang beroperasi hanya satu, sebab tu kami terpaksa menunggu lama dan inilah yang kami alami sejak tiga hari lalu,” katanya.
Jelasnya, dia mengisi NGV setiap hari dan penutupan operasi di kebanyakan stesen mengganggu jadual kerjanya.
“Harap dapat selesai segera dan ambil langkah penyelenggaraan secara giliran bagi memudahkan pengguna.
“Tak pasti punca penutupan serentak ini sama ada bakal berlaku kenaikan harga atau faktor keselamatan selepas berlaku letupan stesen minyak NGV di Johor Bahru, baru-baru ini,” katanya
Abdullah Salih, 67, berkata, pihaknya berharap penutupan operasi stesen minyak NGV ini diselesaikan segera kerana dikhuatiri menjejaskan mata pencarian pemandu teksi.

SH

Post a Comment

1 Comments

  1. jualan ngv goment macam tak jujur...sebab tak byk untung katanya....memang suka tenguk rakyat susah

    ReplyDelete