Polis Myanmar Akan Bekalkan Senjata Pada Penduduk Bukan Islam ? OIC Duk Diam Jela?


Polis Myanmar akan mula membekalkan senjata dan melatih penduduk bukan Islam di negeri Rakhine yang bergolak, berikutan dakwaan militan daripada minoriti Islam Rohingya menjadi ancaman keselamatan. 

Pemantau hak asasi manusia dan pemimpin Rohingya berkata, langkah itu berisiko mengeruhkan lagi ketegangan antara kaum di wilayah itu yang menyaksikan pertumpahan darah paling teruk sejak 2012, apabila ratusan terbunuh dalam pertempuran antara penduduk Islam dan etnik Buddha Rakhine. 

Anggota tentera membanjiri kawasan Maungdaw sepanjang sempadan Myanmar dengan Bangladesh, sebagai tindak balas terhadap terancang ke atas tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu yang membunuh sembilan anggota polis. 
Pasukan keselamatan menutup kawasan itu, menghalang pekerja bantuan dan pemerhati bebas serta melancarkan operasi di kampung di Maungdaw, dengan majoriti penduduk adalah Rohingya. 
Laporan rasmi menyatakan, lima anggota tentera dan 33 suspek militan terbunuh. Ketua umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, menggesa pasukan keselamatan bertindak mengikut undang-undang, tetapi penduduk awam dibunuh, dirogol dan ditahan manakala rumah mereka diruntuhkan

Kerajaan menafikan salah laku oleh pihak tentera. Pemimpin politik di Rakhine menggesa kerajaan membekalkan senjata kepada penduduk Buddha untuk menentang apa yang didakwa peningkatan aktiviti militan dalam kalangan etnik Rohingya. 

Ketua Polis Rakhine, Kolonel Sein Lwin, berkata pasukannya sudah mula melatih polis baharu daripada etnik Rakhine dan etnik minoriti bukan Islam lain yang menetap di Maungdaw. Namun pakar antarabangsa yang berusaha membina semula hubungan di Rakhine dan kumpulan hak asasi berkata, membekalkan senjata dan melatih penduduk bukan Islam cuma memburukkan keadaan.

Pemimpin komuniti Rohingya di Maungdaw, berkata beliau bimbang penduduk Islam menjadi sasaran serangan rekrut baharu itu. 
"Jika di tangan mereka ada senjata, kita tidak boleh bekerjasama seperti sebelum ini," katanya. 

- Reuters

Post a Comment

0 Comments