• Politik Terkini

    Wednesday, November 23, 2016

    Rohigya - PAS Tuntut Tindakan Tegas OIC, PBB


    Pas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean mengambil langkah segera yang adil terhadap pelakuan jenayah ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di Myanmar.

    Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Myanmar yang baru hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak.
    "Tindakan membunuh, menyeksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan,"
    Beliau berkata, perlakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

    Menurutnya, tanpa campur tangan badan dunia dari PBB, OIC, Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani dengan penyelesaian segera.

    Abdul Hadi berkata, junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India.
    "Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.
    "Pas menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung.
    "Pas juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia untuk mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar," katanya
    SH

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik