• Politik Terkini

    Sunday, December 11, 2016

    Amanah Perlu Ubah Mindset Sebagai "Kerajaan Baru Malaysia"


    Parti Amanah Negara (Amanah) harus berhenti berfikir sebagai pembangkang, sebaliknya perlu menggerakkan kerangka pemikiran sebagai kerajaan seterusnya.

    Perwakilan Perak, Dr Fakhruldin Mohd Hashim berkata, seluruh parti perlu mengubah kerangka minda dalam meneruskan survival parti.

    Menurutnya lagi, parti tidak lagi berfungsi hanya dengan mencari masalah, sebaliknya perlu berperanan sebagai penyelesai masalah yang ada dalam negara pada hari ini.
    "Langkah awal bermula dengan mindset (kerangka minda). Harus jadikan kerangka minda berfikir bukan lagi sebagai pembangkang.
    "Rancangan kerja parti perlu disusun secara logistik. Itu boleh mencernakan beberapa implikasi yang cukup baik bagi kita," katanya menerusi Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
    Menurutnya lagi, jika ia boleh dilaksanakan, maka Amanah tidak akan menghadapi kesulitan untuk berdepan dengan PRU akan datang.
    "Kalau Amanah mempunyai kerangka minda sedemikian, maka kita tak ada masalah untuk tawan masa depan negara.
    "Dan ia perlu diterjemahkan menerusi gerak kerja yang kita sama-sama rangka dan rancang," ujarnya lagi.
    SH

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik