Balotelli - Saya Suka Arsenal, Bencikan Liverpool !


Penyerang Nice, Mario Balotelli mengakui sangat menyukai Arsenal dan akan bermain bersama pasukan itu jika ditakdirkan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Dia yang sedang dalam prestasi terbaik di Nice dengan tujuh gol daripada 10 penampilan, hangat dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Ligue 1.
“Mungkin juga saya akan keluar dari Nice. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Tetapi saya berminat untuk bermain bersama Arsenal,” katanya.
Bagaimanapun, Balotelli menegaskan, dia tidak akan menyertai kelab lamanya, Inter Milan atau Liverpool.
“Kalau kembali ke EPL, saya tidak akan ke Liverpool kerana saya bencikan mereka. Penyokongnya memang bagus, tetapi apa yang pihak pengurusan buat pada saya sememangnya tidak boleh diterima,” katanya.
Balotelli melalui musim sukar di Merseyside dengan hanya menjaringkan satu gol daripada 16 penampilan di EPL, memaksa pengurusan menjualnya ke kelab lain.

SH

Post a Comment

1 Comments