DAP Belanja 20K Untuk Alat Penterjemah Bahasa Semasa "Persidangan Kebangsaan DAP 2016"


Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mendedahkan bahawa ramai dari kalangan perwakilan partinya tidak faham bahasa kebangsaan memaksa DAP menyediakan alat penterjemah sewaktu berlangsung debat pada Persidangan Kebangsaan DAP, semalam.

Menurut ANthony, parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah debat perwakilan secara langsung dan kira-kira 100 alat tersebut diedarkan kepada perwakilan yang hadir.
"Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tSetiausaha Organisasi DAP Anthony LokeSetiausaha Organisasi DAP Anthony Lokeetapi pada persidangan kebangsaan kali ini  parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.
"Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi," katanya.
Ujarnya, alat elektronik itu menterjemah bahasa kebangsaan kepada bahasa Mandarin atau Tamil ekoran kesukaran dihadapai ahi veteran mengikuti debat perwakilan dalam bahasa kebangsaan.
"Ianya merupakan dasar DAP untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan merupakan salah satu prinsip DAP untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

"Tetapi saya beri jaminan kepada akar umbi DAP dan ahli-ahli seluruh negara, walaupun kita martabatkan Bahasa Kebangsaaan, kita tidak akan meninggalkan bahasa ibunda kita," tegas beliau.
Debat perwakilan semalam berlangsung menggunakan pelbagai bahasa termasuk ada dalam kalangan perwakilan mengulangi debat mereka dengan bahasa Mandarin.
"Ini menunjukkan komitmen kita bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa kebangsaan tetapi untuk memastika bahasa ibunda kita, penggunaan bahasa ibunda kita - Mandarin atau Tamil - akan terus digunakan di Malaysia," ujarnya lagi.

FMT

Post a Comment

0 Comments