• Politik Terkini

    Thursday, December 29, 2016

    Hakisan Pantai Mengabang Telipot, Kerugian Dianggarkan RM 36000


    Lebih 60 nelayan dan penduduk di sekitar pantai Mengabang Telipot di Tepoh cemas apabila ombak kembali mengganas sejak petang semalam hingga mengakibatkan beberapa kemudahan dan peralatan hanyut ditelan ombak besar.          

    Berikutan ombak kuat setinggi 2.5 meter itu turut menghanyutkan tiga stor yang menempatkan enjin bot nelayan dengan kerugian dianggarkan bernilai RM36, 000.

    Malah, jalan raya sejauh kira-kira 50 meter yang baharu dibina untuk ke kawasan rehat dan jualan hasil laut turut terputus akibat dihakis ombak.

    Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara, Abd Rahman A Bakar berkata, meskipun telah membuat persiapan awal bagi menghadapi musim tengkujuh itu, namun masih belum dapat menyelamatkan harta benda.
    "Angin dan ombak kuat mula melanda sejak petang semalam dan dalam tempoh kurang daripada sehari ia telah meranapkan banyak harta benda.
    "Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil kawasan sekitar pantai ini akan lenyap dalam sekelip mata dan perkara inilah yang menjadi kebimbangan kita sejak sekian lama," katanya.
    Katanya lagi, langkah pencegahan segera untuk mengatasi hakisan perlu dilakukan bagi memastikan penempatan nelayan serta keselamatan penduduk sekitar terjamin pada masa akan datang.

    SH

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik