Jamal Abdillah Calon MB Perak? Pop Pop PoooPPP


Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 57, berkata beliau tidak akan menolak peluang untuk menjadi calon bertanding semasa pilihan raya, jika diberi peluang.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini beliau tidak ada kecenderungan ke arah menceburi bidang politik.
"Itu terpulang kepada kepimpinan kita, kalau kepimpinan politik kita rasa itu yang terbaik, rasanya tak mustahil. Saya suka mengikuti perkembangan politik semasa," katanya kepada Bernama TV selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara melalui saluran Astro 502 di Kuala Lumpur.
"...Saya suka baca isu politik tapi saya bagi komen dari segi kemanusiaanlah, kadang-kadang dalam itu suka bertengkar, suka tuding jari pada yang lain, kita daripada bidang yang lain, kita melihatkan diri kita ini seperti manusia biasa," katanya.
MK

Post a Comment

0 Comments