• Politik Terkini

    Sunday, December 11, 2016

    KP Imigresen Kekal Selagi Najib Razak Memerintah


    Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yakin akan terus mengekalkan jawatannya itu selagi Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang kedudukan nombor satu dan dua negara.

    Sambil mengakui wujudnya tekanan politik, Mustafar berkata, Ahmad Zahid pernah mengeluarkan kenyataan menangkis khabar angin beliau akan ditukar, memetik laporan Sinar Harian Online.
    "Kalau kita rujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid, beliau memberikan panduan dan peluang kepada pihak Imigresen untuk melakukan sesuatu.
    "Dahulu pernah ada desas desus yang saya akan ditukarkan. Bagaimanapun beliau (Ahmad Zahid) segera menangkis khabar angin itu dengan menyatakan selagi beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan selagi Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri, saya tidak akan ke mana-mana.
    "Kenyataan itu dibuat untuk menghilangkan tekanan politik yang kononnya akan menyebabkan saya ditukar.
    "Tekanan politik itu memang ada. Bagaimanapun saya dipandu kepimpinan beliau (Ahmad Zahid). Undang-undang tetap tidak boleh dilanggar dan peraturan-peraturan mesti dipatuhi," ujar Mustafar lagi.
    Beliau berkata demikian sebagai menjawab tekanan politik yang diterima beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua pengarah jabatan yang sering terpaling dengan pelbagai kontroversi antaranya menerima suapan dan sebagainya.

    Pada masa yang sama, Mustafar berkata, beliau tidak akan berjumpa dengan ejen dan melayan kehendak golongan tersebut sehingga mereka menjadi marah.

    "Merekalah yang mulakan khabar angin yang menyatakan saya akan ditukarkan," tambah beliau.

    Mengenai ejen yang menggunakan nama pemimpin politik untuk berurusan, ini jawapan Mustafar:
    "Ya, memang ada yang gunakan nama pemimpin politik. Mereka kata mereka dari syarikat itu dan ini dan cuba menggunakan nama menteri untuk memudahkan urusan."
    Jika tiada kuasa undang-undang selakipun, jelas beliau, semua pihak perlu patuh juga kerana sebagai manusia, semua orang dipandu oleh agama.
    "Mungkin kerana saya ini kuat menguasakan undang-undang dan siapa yang suka dengan undang-undang? Sebab itulah timbulnya persepsi dan bermacam tekanan.
    "Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai dulu memang ramai ejen berkeliaran dan sebagainya. Sekarang kita tengok sudah tidak ramai ejen yang ada," tambahnya.
    Berkenaan kemasukan pekerja asing yang begitu ramai dan berterusan pula, Mustafar berkata, en, ini adalah tugas jabatan yang diterajui beliau ialah menjaga seluruh 137 pintu masuk sah sempadan negara.
    "Imigresen perlu jaga pasport dan sebagainya. Musim cuti sekolah memang satu cabaran. Berbondong-bondong keluar dan masuk di sempadan negara.
    "Yang kita nak pastikan adalah kita tidak boleh benarkan orang tidak sah masuk ke sempadan lolos masuk negara kita. Sebab itu kita perlu pastikan setiap aspek butiran dan maklumat diri itu sah dan lengkap.
    "Tugasan itu tidak diserahkan kepada pihak lain. Itu memang tanggungjawab kami," tegas beliau.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik