Pengusaha BAS Tentukan Kadar Tambang, Biarlah Munasabah, Tidak Membebankan


Kerajaan tidak ada kuasa campur tangan terhadap pengusaha bas sekolah yang berhasrat menaikkan kadar tambang, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahman.

Beliau berkata, ini kerana, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun lalu telah memberi kebenaran kepada pengusaha bas untuk menentukan harga tambang mengikut keputusan sendiri.
"Bagaimanapun, pengusaha terbabit diingatkan jangan menaikkan kadar caj tambang terlalu mahal kerana mereka masih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan," kata Amali Munif ketika dihubungi China Press.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi kelmarin, yang tidak membenarkan pengusaha bas sekolah menaikkan tambang buat masa ini.

Kata Abdul Aziz, tiada alasan tambang bas sekolah dinaikkan berikutan harga diesel baru diturunkan, manakala persatuan pengusaha bas sekolah seharusnya berbincang dahulu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mendapatkan kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa kenaikan.

Sementara itu, Amali Munif berkata, memandangkan kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, harga alat-alat ganti bas pun turut dijual dengan lebih mahal, menyebabkan ahli-ahli persatuannya terpaksa menaikkan kadar tambang bagi menampung kos yang semakin meningkat.

Menurut beliau, kali terakhir semakan kenaikan kadar tambang bas sekolah dilakukan pada 2009.

SH

Post a Comment

0 Comments