3 Lelaki Ditangkap Buat Rakaman Rogol Secara Live Di Facebook

infowar

Tiga lelaki di Sweden ditahan kerana terlibat dalam kejadian rogol yang disiarkan secara langsung di laman Facebook.

Jurucakap polis, Lisa Sannervik, berkata siasatan terhadap 'kesalahan serius seksual' itu kini dalam fasa awal dan tidak dapat memberi butiran lanjut. Belum ada dakwaan dikeluarkan setakat ini.

Menurutnya polis sempat datang ke tempat kejadian dan memadamkan kamera sebelum menahan tiga lelaki terbabit.

Jurucakap Facebook Peter Munster berkata "Ini adalah jenayah serius dan kami tidak akan bertolak ansur terhadap kandungan sebegini dalam Facebook,"
Tiga lelaki itu berusia antara 19 hingga 25 tahun, manakala wanita yang menjadi mangsa berusia 31 tahun.

KiniTV

Post a Comment

0 Comments