Bidasan Pedas Aliff Syukri Terhadap Nik Abduh


Kritikan terhadap Dato Aliff terhadap iklan dia ok. Betul nak tegur, memang kadang tu iklan ni terlalu over. Tapi bagi aku bukan dia sahaja dan sebagai seorang tokoh agama sepatutnya dia menegur terhadap semua syarikat pengiklanan termasuk kerajaan sendiri yang tidak menapis segala jenis iklan. Bukannya meletakkan dato alif sebagai objektif utama untuk menarik perhatian.

Aku belek facebook nik abduh, aku cuba cari persoalan, pertikaian dan pendapat dalam isu 1MDB, isu rasuah negara, isu balak dikelantan, isu dadah dikelantan. Tidak pulak ditegur, diulas, dikupas secara mendalam dan tindakan yang perlu dan wajib diambil oleh pihak tertentu supaya semua perkara tersebut diselesaikan.

Rasanya lebih bagus jika posting nik abduh lebih kepada perancangan pembangunan yang dibuat dijalankan dirancang bagi kawasan parlimen pasir mas, daripada terus menuding jari mencari salah orang lain, sedangkan kesalahan lebih besar ditutup mata.

Jawapan terhadap teguran dari instagram Alif Syukri :
Saya sedia terima teguran tapi…

Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. .

Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik. .
Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu".

Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D'herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.

Teguran Facebook Nik Abduh :
Salam buat semua.

Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.

Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.
Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.

Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.

اللهم إنا نسألك النعيم المقيم الذى لا يحول ولا يزول ونسألك النعيم يوم العيلة والأمن يوم الخوف. اللهم إني عائذ بك من شر ما أعطيتني ومن شر ما منعتني.

Post a Comment

1 Comments