• Politik Terkini

    Tuesday, January 3, 2017

    Bursa Malaysia Mengejutkan Pasaran "Dibuka Rendah"


    Bursa Malaysia mengejutkan pasaran dan penganalisis apabila membuka tirai 2017 dengan kedudukan yang lemah pada hari pertama dagangan tahun ini dengan momentum lembap diburukkan lagi igauan buruk berulang apabila ringgit mencapai paras terendah sejak 1998.
    Ringgit berdepan tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila susut ke paras RM4.4932 satu dolar, paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998. 
    Pada 9.48 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 9.53 mata kepada 1,632.20 berbanding paras penutupnya Jumaat lalu kepada 1,641.73 atau hari terakhir dagangan ditutup untuk tahun 2016.

    Bahkan petanda awal kelemahan pasaran itu sudah jelas kelihatan seawal dagangan dibuka 4.79 mata lebih lemah kepada 1,636.94 sebelum meneruskan penurunan yang mendadak.

    Secara keseluruhannya sentimen rugi mengatasi untung dengan 182 mengatasi 168, dengan 211 kaunter tidak berubah, 1,167 kaunter tidak didagangkan dan 21 kaunter digantung. Pendapatan berada pada 250.54 juta saham bernilai RM92.13 juta. - BERNAMA

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik