• Politik Terkini

    Wednesday, January 4, 2017

    Guardiola - Manchester City Mungkin Kelab Terakhir Saya


    PEP Guardiola memberi bayangan bahawa dia akan mengakhiri karier sebagai pengurus di Manchester City dan mahu menukar bidang ke sukan golf apabila bersara.

    Ketika ditanya media selepas menang 2-1 ke atas Burney pada Isnin, Guardiola berkata, kariernya sebagai jurulatih semakin hampir walaupun usianya masih belum mencecah 50-an dan dia bersedia untuk berbuat demikian pada bila-bila masa.
    "Pada waktu ini, saya sudah mula merasa seperti berada di penghujung karier. Saya tidak akan melatih pemain pada usia 60 atau 65 tahun.
    "Mungkin saya berada bersama Manchester City untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi," 
    Guardiola menyertai City pada Julai lalu tetapi dia tidak pernah kekal lebih lama bersama satu-satu kelab kerana mahu merasai cabaran baharu.

    Dia mula bergelar pengurus apabila mengambil-alih Barcelona pada 2008 dan memenangi tiga kejuaraan dalam tempoh empat musim di Nou Camp sebelum berehat selama setahun.

    Kemudian Guardiola mengemudi Bayern Munich dan menjuarai liga Jerman selama tiga musim berturut-turut sebelum berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

    Ditanya sama ada memiliki perancangan lain berbanding bola sepak, beliau berkata:
    "Anda boleh mencari saya di lapangan golf. Saya akan berada di sana.
    "Manchester City mungkin pasukan terakhir saya."

    Mstar

    1 comment:

    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik