• Politik Terkini

    Wednesday, January 18, 2017

    Kaji Naikkan Caj VEP | Malaysia Balas Tindakan Singapore


    Kerajaan akan mengkaji untuk menaikkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) dengan nilai sama yang dikenakan Singapura, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Beliau berkata perkara itu akan dibincang dengan pelbagai pihak.
    "Kita akan mengkaji dari masa ke masa sama ada terdapat keperluan untuk meningkatkan nilai caj VEP," 
    Menurutnya, Singapura mengenakan antara lain caj VEP S$35 (RM109) sehari tidak termasuk caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC-Reciprocal Road Charge) S$6.40 (RM20) mulai 15 Februari ini kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu.
    VEP yang diperkenalkan Malaysia hanya memerlukan pemilik kenderaan asing membayar yuran pendaftaran RM10 dan boleh diperbaharui selepas lima tahun, katanya.
    Malaysia mengenakan caj jalan raya RM20 bagi setiap kenderaan asing yang memasuki Johor sejak 1 November 2016.

    Media melaporkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Februari ini.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik