• Politik Terkini

    Monday, January 9, 2017

    Kejatuhan Ringgit, Tunggu Lihat Apa Polisi Trump Setelah Ditabal Presiden AS


    Penganalisis ekonomi berpandangan keadaan ekonomi Malaysia kini, pada realitinya masih berada dalam keadaan baik walaupun nilai Ringgit kini dilihat makin 'tidak sihat'.

    Menurut Dekan Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor menjelaskan, ekonomi kita masih utuh kerana negara kita masih lagi mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi iaitu antara empat hingga lima peratus setahun.
    "Selagi Donald Trump tidak ditabalkan sebagai Presiden AS, banyak spekulasi akan berlaku, bila Trump menjadi presiden baharu nampak arah.
    "Kalau ikutkan bukan sahaja nilai RM yang jatuh sebaliknya mata wang China, Singapura, Indonesia, India jatuh, jadi negara yang tidak jatuh nilai mata wangnya adalah negara yang menambat mata wang mereka dengan AS, contohnya seperti Arab Saudi," katanya kepada Sinar Online.
    Dalam pada itu ujarnya, kejatuhan mata wang kita mungkin berpunca daripada ketidaktentuan di AS dan berpunca juga daripada keadaan semasa politik dalam negara.

    "Jadi keadaan ini mempengaruhi, jadi kita sekarang cuma tunggu dan lihat dahulu bagaimana," katanya.

    Shazali berkata demikian bagi mengulas mengenai kejatuhan nilai Ringgit.

    Sebelum ini,  ringgit menjunam ke paras terendah  iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

    Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi itu.
    Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.
    Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.

    Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .

    Pada kemuncaknya, ringgit mencapai purata bulanan RM2.987 berbanding dolar pada Ogos 2012.
    Bagaimanapun, prestasi ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80.

    No comments:

    Post a Comment