• Politik Terkini

    Wednesday, January 25, 2017

    Op Caviar SPRM | Dato Felda Ditahan Terlibat Penyelewengan USD 10 Juta


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan empat individu, termasuk seorang bergelar “Datuk” daripada Felda kerana dipercayai menyalah guna kedudukan untuk kepentingan sendiri.

    Turut ditahan dalam Op Caviar itu seorang pegawai harta tanahnya di London.
    Suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
    Suspek didakwa menubuhkan sebuah anak syarikat pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan stugeon di Korea tanpa pengetahuan lembaga pengarah, bahagian perundangan dan bahagian kewangan Felda.

    Siasatan awal SPRM mendapati walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar, Pahang, pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas anak syarikat ditubuhkan.

    Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi dan 1.30 petang.

    Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

    Beliau juga berkata pihaknya telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut untuk membantu siasatan.

    Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok.

    MK

    1 comment:

    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete