Peniaga Kopiah Cadang Tindakan Saman Aliff Syukri ? #ohabangkosmetik

 
Istilah prank sana sini. Sometimes benda tu memang just untuk suka-suki. Tapi bila membabitkan perkara yang boleh dikatakan sensitif. Aliff syukri seolah nak tunjuk, kebanyakan peniaga kat malaysia ni kurang prihatin terhadap warga tua. So dia menyamar sebagai orang tua miskin untuk meminta kopiah 1 daripada pekedai. Tetapi tindakan pekedai tu seolah menghalau. Then adalah orang sebelah tu cam muka aliff syukri. Dalam video tu pun ada terdengar seolah mengatakan kena prank. Siap ada adegan berpeluk lagi selepas tahu tu adalah aliff syukri.

Perkara jadi hot bila video tu diupload dalam instagram then ramai commenter seolah menyalahkan peniaga yang menghalau orang tua(aliff) datang meminta kopiah 1. Pada pandangan aku, tak perlu nak saman bagai. Tapi ubah mentaliti diri. Peniaga berkopiah, sepatutnya melayan warga tua dengan elok. Bukan halau. Take positif. Kalau setakat saman, konfem aliff syukri boleh jer bayar. Tapi adakah harga diri tu terbela.

Dari FB penjual kopiah :
KENYATAAN BALAS BERHUBUNG KOMEN NEGATIF DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS DALAM RANCANGAN #ohabangkosmetik DI SALURAN ASTRO 104 & 123
utk makluman, rancangan tersebut telah dirakamkan di gerai saya pada 18 disember 2016
lebih kurang jam 8 pagi bertempat di tapak 402 pasar tani bazarena stadium shah alam,
shah alam selangor darul ehsan
sy langsung tidak mengetahui bahawa terdapat rakaman yg akan dijalankan di gerai saya dan kehadiran dato aliff syukri yg menyamar sebagai peminta sedekah. sehinggalah setelah selesai rakaman tersebut juga beliau tidak memaklumkan kepada sy apa2 bahawa rakaman tersebut akan disiarkan di mana2 saluran televisyen.
sehingga lah sy dimaklumkan oleh rakan sepejabat dan juga kenalan sy di aplikasi whatsapp bahawa terdapat rakaman video sy di istagram dato aliff syukri.
saya berasa amat kecewa dgn komen yg diutarakan oleh beliau sehingga menjejaskan nama baik, maruah serta perniagaan yg saya jalankan ..
selama hampir 10 tahun sy berniaga,
ini kali pertama sy telah diaibkan sehingga sedemikian rupa.
sehingga kenyataan ini ditulis sy masih belum lagi memikirkan utk membuat laporan polis atau apa2 tindakan perundangan berhubungan penyiaran rancangan tersebut sehingga mengaibkab saya. 
saya juga mengalu2kan sebarang cadangan/pandangan positif bagi membersihkan nama saya.
berikut sy sertakan sedikit penjelasan berhubung rakaman tersebut yg telah sy muat naik ke ruang komen page beliau tetapi telah di padam oleh admin page berkenaan ..FB

Post a Comment

1 Comments