• Politik Terkini

    Monday, February 20, 2017

    Ini Sebab Kenapa Peguam Batalkan Saman Mahathir Terhadap Najib


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan penjawat awam atau sebahagian daripada perkhidmatan awam Malaysia kerana beliau adalah anggota pentadbiran, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

    Peguam memohon untuk membatalkan saman kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad bersama dua yang lain ke atas Najib berkaitan 1MDB dan tindakan lain yang berkaitan.

    Peguam utama Perdana Menteri, Tan Sri Cecil Abraham berkata demikian kepada Hakim Abu Bakar Jais dalam kamar dan memetik Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 160 (2) itu menyatakan seorang anggota pentadbiran seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta Tafsiran adalah individu yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen atau setiausaha politik.
    "Ini termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang sebagai menteri dianggap anggota pentadbiran dan bukan pegawai awam," kata peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang juga mewakili Najib.
    Sebaliknya, Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan, kata Hafarizam, mentakrifkan perkhidmatan awam sebagai angkatan tentera, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis, perkhidmatan awam di setiap negeri, perkhidmatan pendidikan bersama-sama dengan perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133.

    Jelas Hafarizam, Cecil menegaskan bahawa Perkara 132 (3) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan perkhidmatan awam tidak boleh dikira sebagai terdiri daripada mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan atau mana-mana negeri.

    MK

    2 comments:

    1. SAYA PUTAR HALIMMMMM

      ReplyDelete
    2. Istiqomah dan yakin pada PAS. Pasti tertangkap MO1.

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik