• Politik Terkini

    Thursday, February 2, 2017

    Israel Semakin Besar Kepala Meneroka Wilayah Palestin!!


    Israel mengumumkan akan membina 3,000 kediaman baharu peneroka haram Yahudi di wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat, pengumuman keempat seum­pamanya sejak Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).
    “Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu (gambar) bersetuju meluluskan pembinaan 3,000 unit rumah baharu peneroka Yahudi di Tebing Barat,”

    Israel menakluki Tebing Barat sejak 1967.

    Rejim Zionis telah meluluskan pembinaan termasuk 566 buah rumah di tiga buah penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis Timur dan mengumumkan akan membina 2,502 lagi kediaman serupa di Tebing Barat sejak Trump mengambil alih pentadbiran AS pada 20 Januari lalu.

    Israel membekukan pembinaan kediaman baharu Yahudi semasa pentadbiran Presiden AS sebelumnya, Barack Obama. Obama pernah memberi amaran bahawa penempatan baharu Yahudi akan memusnahkan harapan ke arah penubuhan negara Palestin dan Israel sebagai jalan penyelesaian krisis di Asia Barat.

    Trump bagaimanapun berjanji akan memberikan sokongan padu kepada Israel dan Netanyahu segera mengambil kesempatan daripada janji pentadbiran baharu AS itu.
    “Kami sedang membina dan kami akan terus membina (kediaman pe­neroka haram Yahudi),” kata Netanyahu.
    Perdana Menteri Israel itu berkata, beliau melihat kebangkitan Trump sebagai ‘peluang cerah’ selepas ‘menerima tekanan besar’ berhubung isu Iran dan pembinaan penempatan Yahudi daripada Obama. – AFP

    No comments:

    Post a Comment