Mahathir Alu-Alukan Suruhanjaya Diraja Menyiasa Skandal


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (forex).
"Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Selain itu, bekas musuh Dr Mahathir yang kini menjadi penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berkongsi pendapat sama.
"Saya telah meminta untuk menubuhkan RCI bagi isu BMF dan urusan forex Bank Negara, dan saya kekal dengan pendirian itu.
"Tetapi apa yang lebih penting sekarang ialah 1MDB," kata Lim.
Malah, Lim juga berkata Najib yang merupakan menteri pertahanan pada 1991 juga bertanggungjawab terhadap skandal berkenaan di bawah prinsip tanggungjawab bersama.
"Jika ada apa-apa kesalahan jenayah, beliau (Najib) perlu berada di kandang tertuduh," kata Lim lagi.

MK

Post a Comment

0 Comments