• Politik Terkini

    Tuesday, February 7, 2017

    Neelofa Terima Hadian Kek Swarovski Berharga RM 22K | Akui Hubungan Dengan Kerabat Diraja


    Pengacara popular, Neelofa mengesahkan status hubungannya dengan kerabat diraja yang digosipkan di media sosial.

    Walaupun tahu kisah sensasi cintanya sering diburu, Neelofa tidak segan menyatakan persahabatannya dengan kerabat diraja berkenaan berada pada tahap selesa.
    "Memang kami sedang berkawan’
    "Dia seorang rakan yang baik terhadap saya. Saya tahu berada dalam posisi dalam industri hiburan dan dia dari keluarga kerabat orang akan mudah buat andaian.
    "Saya masih solo dia juga begitu, tapi apa saya boleh katakan kami hanya berkawan," katanya.
    Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaru Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe bermotifkan pepatung di Kuala Lumpur petang, semalam.

    Pada majlis berkenaan Neelofa turut menerima kejutan apabila dihadiahkan kek bertatahkan Swarovski bernilai RM22,000.

    Neelofa dilaporkan oleh sebuah akhbar pada hujung minggu lalu sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berasal dari kerabat diraja.

    Bagaimanapun, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

    Meskipun masih terlalu awal baginya untuk menyatakan sejauh mana harapannya untuk persahabatan itu, Neelofa menjawab dirinya perlu diberi peluang dan ruang.

    Dan seperti sudah dimaklumkan sebelum ini, Neelofa pernah menyatakan dirinya sudah bersedia untuk menamatkan status bujangnya.
    "Anda cukup bijak untuk menilai adakah saya layak untuk beri komen begini.
    "Orang tidak tahu apa saya alami, saya berharap tidak perlu mengulas lanjut mengenai perkara ini.
    "Untuk beberapa bulan lepas saya kena hentam teruk menerusi ruangan komen, hancur hati saya. Saya sudah berusia 28 tahun saya berhak berkawan dengan sesiapa saja," katanya.
    Pada masa sama Neelofa turut memaklumkan hubungan berkenaan bukan diaturkan oleh keluarganya.

    Sementara itu, Neelofa juga enggan mengulas lebih lanjut tentang status hubungannya dengan pelakon, Fattah Amin.
    "Sebelum ini, saya pernah bagitahu memang kami pernah bersama semasa penggambaran Suri Hati Mr Pilot.
    "Tapi apa yang terjadi antara saya dan Fattah, hanya kami berdua sahaja yang tahu," katanya.
     MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik