Peserta Himpunan #RUU355 Langgar Syarat Perhimpunan


Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, para peserta perhimpunan Akta 355 yang berlangsung di Padang Merbok semalam telah melanggar syarat kerana membawa bayi dan kanak-kanak.
"Pada 18 Februari 2017, antara jam 1400 hrs (2 petang) sehingga 2330 hrs (11.30 malam), semasa polis menjalankan tugas kawalan keselamatan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, telah mendapati ramai peserta perhimpunan RUU 355 memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak kecil menghadiri perhimpunan tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur 7 bulan sehingga 15 tahun," kata beliau dalam kenyataan.
Tindakan membawa bayi dan kanak-kanak itu merupakan suatu kesalahan dibawah Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012, jelasnya.

Semalam, PAS menganjurkan perhimpunan Akta 355 yang menyaksikan kehadiran puluhan ribu peserta yang memakai baju ungu bertujuan menyokong usul Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Mac akan datang.

Kanak-kanak termasuk pelajar sekolah agama adalah antara mereka yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Dalam catatan di Facebook, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama.
"Bukan pelajar-pelajar tahfiz atau pondok ataupun anak-anak bawah umur sahaja akan hadir, malahan anak-anak baru lahir dan yang masih dalam perut pun akan dibawa oleh pendukung-pendukung perjuangan Islam supaya mendidik zuriat mereka untuk cinta pada agamanya supaya ia tidak menentang agamanya bila dewasa.
"Menjadi budak-budak yang cintakan agamanya jauh lebih mulia dari jadi dewasa tapi bencikan agamanya," kata Rosli.
Mengulas lanjut, ACP Mohd Sukri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini tiada sebarang rampasan dan tangkapan dilakukan.

MK

Post a Comment

6 Comments

  1. Ape nak risau. Kan backup besar ada.

    ReplyDelete
  2. Yg perhimpunan sedih anti RUU355 tu dpt permit x?

    ReplyDelete
  3. Allah bayi dan kanak-kanak pun diheret sama ke perhimpunan ni?

    ReplyDelete
  4. "Menjadi budak-budak yang cintakan agamanya jauh lebih mulia dari jadi dewasa tapi bencikan agamanya," kata Rosli. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 tu tahu x yg ruu belum dibentangkn pn lagi.

      Delete
  5. berapa kerat yg benar2 faham ruu secara teknikal dan faham hujah kedua2 pihak.

    mnjadi org bermaklumat lbh baik dr menyokong tnpa pengetahuan.

    jika hnya kerana 'atas nama islam' maka khawarij isis lbh hebat sanggup mati 'kerana agama'

    ReplyDelete