• Politik Terkini

    Wednesday, February 8, 2017

    Punca Sebenar Kumpulan Wartawan Tidak Puashati Dengan Lim Kit Siang...


    Kumpulan wartawan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) membidas sikap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang dianggap kumpulan itu sebagai tidak wajar terhadap seorang wartawan arus perdana media semasa sidang akhbar di rumah Datuk Zaid Ibrahim pagi semalam.

    Merujuk kepada kerakaman video KiniTV mengenai insiden itu, GERAMM, dalam satu kenyataan berkata: 
    "Lim telah hilang sabar apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil 'nada berbeza' dalam isu skandal BMF dan FOREX sekiranya tidak menjalankan kerjasama politik dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad".
    "How have I said it differently? How? You can't substantiate it, you are making a baseless allegation (Macam mana cakap saya berbeza? Macam mana? Kamu tak boleh buktikannya, kamu membuat dakwaan tidak berasas).

    "You prove it! If not you are making a baseless allegation (Kamu buktikannya! Jika tidak, kamu membuat dakwaan tidak berasas," kata Lim, yang kemudiannya dikuti dengan bunyi ejekan hadirin apabila mengetahui wartawan berkenaan dari TV3.
    GERAMM kesal kerana Lim turut dilihat tidak memberi kesempatan kepada wartawan berkenaan untuk mempertahankan diri atau menyatakan rasional berhubung soalan itu, apatah lagi memperlihatkan pertimbangan profesional terhadap wartawan itu.
    "GERAMM menegaskan bahawa setiap wartawan mempunyai hak untuk bertanya dan menjalankan tugas tanpa diganggu.

    "Sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media yang hanya menjalankan tugas mereka," hujah kumpulan ad hoc itu yang mewakili pengamal media.
    Malah, kumpulan itu percaya bahawa Lim boleh memberi hujah balasnya terhadap apa yang beliau tidak bersetuju dengan wartawan tersebut.

    'Apatah lagi beliau terkenal sebagai ahli politik yang 'rajin menulis' - jika ada apa-apa perkara yang perlu dijelaskan," tambah GERAMM.

    Namun, dalam kenyataan yang sama, GERAMM turut menegaskan bahawa pihak pengarang media juga harus mematuhi etika kewartawanan dan melaporkan dengan tepat, telus dan jelas agar kredibiliti mereka tidak terus terhakis dalam era maklumat tanpa sempadanan.Kumpulan wartawan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) membidas sikap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang dianggap kumpulan itu sebagai tidak wajar terhadap seorang wartawan arus perdana media semasa sidang akhbar di rumah Datuk Zaid Ibrahim pagi semalam.


    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik