• Politik Terkini

    Wednesday, February 8, 2017

    Virus "Machupo" Dalam Paracetamol | Ini Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan


    Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial baru-baru ini kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus 'Machupo' dijual di pasaran.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pil jenis Aeknil yang disebarkan dalam media sosial berwarna putih berkilat berbeza dengan yang didaftarkan dengan kementerian.

    Katanya, kementerian setakat ini tidak menerima sebarang laporan atau amaran berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain.
    "Pada masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang dijangkiti. Seperti kebanyakan virus lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.
    "Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Pastikan produk yang diguna berdaftar dengan kementerian dan mempunyai pelekat hologram serta dilabel dengan nombor pendaftaran MAL,"
    Virus 'Machupo' dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah.

    Berdasarkan maklumat yang tersebar dalam media sosial, pil P/500 berkenaan berwarna putih berkilat.

    Sebaliknya, pil yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter setengah inci dan mempunyai perkataan aeknil atau 'therapeutic' pada permukaannya,
    Dr Noor Hisham berkata, pil yang berdaftar dengan kementerian mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ bagi tujuan meredakan sakit sederhana dan demam.
    Katanya, orang ramai boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk kesihatan melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 03-78835400.

    bh

    1 comment:

    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik