• Politik Terkini

    Wednesday, March 22, 2017

    Gambar Demostrasi Sami Buddha Protest Kerakyatan Rohigya Di Myanmar

    Ratusan pelampau Buddha di Rakhine, Myanmar mengadakan tunjuk perasaan membantah rancangan kerajaan mengurniakan kerakyatan kepada sebilangan etnik minoriti Islam Rohingya.

    Tunjuk perasaan di ibu wilayah Sittwe itu diketuai parti utama negeri Rakhine, Parti Nasional Arakan. Rakhine adalah lokasi ramai etnik Rohingya tinggal sebelum keganasan antara kaum pada 2012 yang memaksa mereka melarikan diri. 
    "Kami mengadakan tunjuk perasaan untuk memberitahu kerajaan supaya mematuhi undang-undang kerakyatan 1982 dan kita tidak boleh membenarkan kerajaan memberikan kad kerakyatan kepada pendatang haram ini," kata penganjur tunjuk perasaan, Aung Htay.
    Etnik Rohingya berdepan diskriminasi teruk di negara majoriti penduduk Buddha Myanmar yang menganggap mereka sebagai pendatang haram dari negara jiran Bangladesh walaupun sudah berada di Myanmar sejak beberapa generasi.

    Keganasan pada 2012 mengorbankan ratusan nyawa dan mengakibatkan 140,000 kebanyakannya etnik Rohingya melarikan diri ke kem pelarian. BH

    Google

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik