• Politik Terkini

    Monday, March 27, 2017

    Guru Pembangkang Dikenakan Tindakan "Surat Tunjuk Sebab"


    Lima guru sudah diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Pendidikan berikutan didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

    Portal Berita Harian Online memetik Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebagai berkata, semua guru berkenaan diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, baru-baru ini.

    Mahdzir bagaimanapun enggan mendedahkan identiti, sekolah dan negeri di mana kelima-lima guru berkenaan berkhidmat.
    "Siang mereka mengajar di sekolah, malam mereka aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

    "Kita juga dapati ada antara mereka mempunyai jawatan dalam parti pembangkang," katanya yang dipetik akhbar milik Umno itu di Kuala Lumpur.
    Hari ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud membidas Mahdzir itu yang disifatkannya satu bentuk ancaman dan ugutan.

    Walau bagaimanapun, beliau menasihatkan para guru dan penjawat awam lain supaya mengambil langkah berwaspada memandangkan suasana kerajaan yang semakin bersifat autokratik dan tidak terbuka untuk menerima kritikan.

    Semalam, Mahdzir dilaporkan berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh
    negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang tetapi pihaknya sedang memantau perkara tersebut.

    MK

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik