• Politik Terkini

    Sunday, March 26, 2017

    iPhone Red Masuk Malaysia 30 Mac Ini, Celcom, Digi, U Mobile Sedia Tawaran


    Apple hari ini telah mula menawarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dalam pilihan warna merah, atau yang mana dikategorikan dibawah produk RED. Untuk makluman, sebahagian pendapatan daripada jualan produk RED ini akan disumbangkan oleh Apple untuk program kebajikan.

    iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini masih mengekalkan pelbagai ciri-ciri sama seperti cip pemprosesan terkini, sokongan kalis air, penggunaan iOS 10 dan sebagainya. 
    Yang membezakannya adalah hanya warna, dimana ia hadir dalam pilihan warna merah. Pengenalannya sahaja telah membuatkan ramai yang jatuh hati dengan warna merah ini – malah ada yang ingin menukar ganti versi Jet Black kepada RED.
    Pengguna tempatan kini telah boleh beli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dibawah RED ini di Malaysia melalui Apple Store Online.

    Ia hadir dengan saiz storan lebih besar – iaitu dalam pilihan 128GB dan 256GB. Bagi anda yang berminat, boleh membelinya pada harga bermula RM3699 untuk iPhone 7 RED, dan iPhone 7 Plus RED pada harga bermula RM4299. 
    Apple mengatakan pengguna mungkin menerimanya bermula 30 Mac ini di Malaysia.
    Selain daripada laman rasmi Apple, ia kelihatan Maxis, Celcom, Digi dan juga U Mobile turut akan menawarkan telefon pintar iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dibawah kategori RED ini melalui pelan pascabayar mereka.

    amanz

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik